Posts

Showing posts from 2017
لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم  Janganlah Kalian Menyanjungku Sebagaimana Nasrani Menyanjung 'Isa bin Maryam. Hadith ini sering disalahfahami dan dijadikan  dalil bagi sesetengah kaum Muslimin untuk melarang saudara mereka dari kaum Muslimin juga untuk memuji Baginda Nabi صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم.Justeru tulisan ringkas ini adalah bertujuan memahamkan erti sebenar hadith ini. Lafaz penuh hadith ini; قال البخاري : حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ سَمِعْتُ الزُّهْرِيَّ يَقُولُ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ. ((Dengan sanad yang kami dapatkan dari guru-guru kami sehingga sampai kepada) Imam Al Bukhari berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami Al Humaydi,telah m...
Sebahagian Faedah(iaitu 50 faedah )Berselawat ke Atas Junjungan Rasulullah صلى الله عليه و سلم: 1)Allah akan berselawat kepada pembacanya(menurunkan rahmat kepa danya) 2)Malaikat akan berselawat untuknya (mendoakan keampunan untuknya) 3)Rasululah صلى الله عليه و سلم akan berselawat untuknya(mendoakan keselamatan baginya) 4)Menghilangkan kesalahan pembacanya 5)Menyucikan amalan pembacanya 6)Mengangkat darjatnya 7)Diberi keampunan pada dosanya 8)Selawat yang dibacanya akan memohonkan ampunan buat pembacanya 9)Ditulis untuknya pahala satu qirat yang bandingan satu qirat seperti besarnya gunung Uhud 10)Menjadi pengukur kejujuran(iman terhadap Baginda) 11)Mencukupi baginya (dengan selawat itu) bagi segala urusannya di dunia dan akhirat 12)Memadamkan segala kesalahan tanpa berbekas 13)Menbebaskan belenggu di tenguk (terbebas dari azab dibelenggu tengkuk di neraka kelak) 14)Mendapatkan kejayaan pada segala hal 15)Rasulukkah صلى الله عليه و سلم akan memberu pers...