لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم
 Janganlah Kalian Menyanjungku Sebagaimana Nasrani Menyanjung 'Isa bin Maryam.
Hadith ini sering disalahfahami dan dijadikan dalil bagi sesetengah kaum Muslimin untuk melarang saudara mereka dari kaum Muslimin juga untuk memuji Baginda Nabi صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم.Justeru tulisan ringkas ini adalah bertujuan memahamkan erti sebenar hadith ini.

Lafaz penuh hadith ini;
قال البخاري : حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ سَمِعْتُ الزُّهْرِيَّ يَقُولُ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ.
((Dengan sanad yang kami dapatkan dari guru-guru kami sehingga sampai kepada) Imam Al Bukhari berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami Al Humaydi,telah mengkhabarkan kepada kami Sufyan,dia berkata aku mendengar Az Zuhri berkata, dikhabarkan kepadaku 'Ubaydillah bin 'Abdullah bin 'Abbas(dia) mendengar dari 'Umar رضي الله عنه berbicara di atas minbar,aku('Umar) telah mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda;
""Janganlah kalian menyanjungku sebagaimana orang Nasrani menyanjung ('Isa) Ibn Maryam,kerana sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya,maka sebutkanlah aku ini Hamba Allah dan Utusan-Nya"
Takhrij ringkas hadith ini; Ia telah dikeluarkan oleh Imam Al Bukhari dalam Jami' beliau (Sahih Al Bukhari)
Al Allamah Dr Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi Al Maliki Al Hasani رحمه الله رحمة وسعة telah memberikan komentar serta menghuraikan hadith ini dengan menyatakan konteks larangan menyanjung dalam hadith ini adaah sanjungan yang berbentuk membawa kepda kesyirikan iaitu dengan meletakkan sifat sifat ketuhanan kepada Baginda.
Beliau juga menyatakan, sanjungan Nasrani kepada Nabi 'Isa عليه السلام adalah seperti mana yang disebutkan di dalam Al Qur'an ;
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ...
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam... (Al Maaidah, 72)
وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri... (At Taubah, 30)
Iaitu mereka,Kaum Yahudi dan Nasrani memuji Nabi 'Isa dan ',Uzair secara berlebihan sehingga ke suatu tahap,mengangkat keduanya sehingga ke kedudukan anak kepada Allah! Maha Suci Allah dari mempunyai anak dan diperanakkan!
Inilah kefahaman sebenar yang dikehendaki dari hadith ini dan bukanlah bermaksud memuji Baginda suatu perbuatan terlarang.
 والله أعلم

Rujukan;
المدح النبي : بين الغلو و الإنصاف
 العلامة الدكتور سيد محمد بن سيد علوي المالكي الحسني المكي رحمه الله رحمة وسعة


Diambil dari page Facebook The Patriots

https://www.facebook.com/thepatriots2020/

Comments

Popular posts from this blog

Surah Al-Fatihah